6. Abuya membangunkan jemaah
Kebolehan Abuya memimpin, mengajar dan mendidik adalah satu kurniaan Allah kepadanya. Abuya mempunyai hati yang amat inginkan keselamatan manusia serta sangat bimbangkan kecelakaan yang menimpa mereka. Beliau sanggup mengambil sebarang risiko, sanggup berhabis-habisan masa, tenaga dan harta demi keselamatan manusia. Kekuatan yang ada pada Abuya inilah yang mampu mengikat anak-anak jemaahnya di atas tali Allah.
Lalu berlakulah di tangannya dua pembangunan yang diidamkan, yakni pembangunan rohaniah dan pembangunan material. Jemaahnya walaupun kedl tapi kualitinya amat mencabar pembangunan oleh pemimpin-pemimpin yang hanya mampu membangun secara duniawi. Rufaqa Corporation yang diterajui oleh Abuya kini mempunyai 700 rangkaian perniagaan di seluruh dunia.
7. Abuya menzahirkan kebenaran
Abuya bukan sekadar memperkatakan kebenaran tetapi menzahirkannya dalam realiti kehidupan. Beliau telah berjuang dengan gigih dan serius sejak berumur 20 tahun hinggalah kini umumya hampir 70 tahun. Berjuang ertinya berusaha habis-habisan untuk mewujudkan sistem kehidupan berlandaskan Islam. Antara sistem yang telah dibangunkan oleh Abuya Ashaari Muhammad setakat ini ialah:
- Sistem kepercayaan (aqidah) dalam diri pengikut-pengikutnya yang mana bukan sekadar tahu dan percaya tentang Tuhan tapi dapat merasakan peranan Tuhan dalam kehidupan.
- Sistem ibadah yang melahirkan rasa kehambaan dan rasabertuhan sehingga membuahkan akhlak dalam kehidupan
- Sistem keluarga besar dan kecil (poligami) yang mana anggota-anggotanya membesarkan Tuhan dan berkasih sayang, bahagia dan harmoni
- Sistem pendidikan di peringkat tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak yang membawa manusia kenal, cinta dan takutkan Tuhan
- Sistem kewangan tanpa riba dan tipu daya
- Sistem ekonomi yang bermoral dan membela, tidak menindas bahkan bertujuan untuk berkhidmat kepada manusia
- Sistem kebudayaan yang mendidik dan menghiburkan serta mampu menyuburkan jiwa manusia dengan fitrah rasa bertuhan dan rasa kehambaan
- Sistem penerangan yang membawa manusia menuju Tuhan
- Sistem perhubungan antarabangsa tanpa sempadan atau borderless dengan mengikat dan menyatukan hati-hati manusia kepada Tuhan serta kasih sayang sesama manusia
- Sistem kebajikan Islam yang sangat membela lahir dan batin manusia
- Sistem perjuangan yang lunak, lemah lembut, berhikmah serta menunjukkan contoh teladan yang baik
- Sistem sosial yang tidak ada kepentingan diri dan meng utamakan orang lain lebih daripada diri sendiri
- Sistem kasih sayang dan perpaduan yang benar-benardiperjuangkan sehingga semua orang dapat merasa seperti
- adik-beradik dari satu ibu dan ayah. Hasil perjuangan Abuya itu, sudah ramai orang yang masuk Islam di tangannya. Antaranya dari Sabah, Thailand, China, Uzbekistan dan Filipina.
8. Abuya adak dapat dihalang oleh penentangnya
Abuya Ashaari Muhammad pemah beberapa kali ditentang oleh bekas muridnya sendiri dengan hasrat mahu menghancurkan Abuya. Namun akhirnya usaha-usaha merekalah yang hancur. Setelah Arqam diharamkan, ada di antara mereka berhasrat membangunkan jemaah baru dengan mengambil pengikut-pengikut Abuya tetapi usaha itu juga gagal bahkan kini mereka sesama mereka makin berpecah belah.
Ada yang beranggapan Abuya telah gagal kerana jemaah Arqam sudah dihancurkan dan dia ditangkap serta dihukum. Namun Allah SWT telah menolongnya. Dia dapat melepasi semua halangan dan akhimya perjuangannya dapat bangun semula dengan lebih gagah dan boleh berkembang sampai ke luar negara. Dalam masa yang sama para penentang yang cuba menghalang perjuangan Abuya itu tidak mampu untuk membangunkan apa-apa. Demikianlah kuasa Allah itu tetap berlaku sama ada dihalang ataupun tidak.
9. Abuya umpama tafsiran Al Quran dan Sunnah bergerak
Para mujaddid membawa tafsiran barn Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ertinya para mujaddid menghidupkan isi Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam realiti kehidupan sehingga dengan itu manusia lebih mudah memahami Islam melalui role model yang dibawa oleh para mujaddid.
Abuya menghidupkan dan menggerakkan isi Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW di dalam realiti kehidupan manusia zaman ini. Beliau memberi nafas baru kepada kefahaman Al Quran dan Sunnah melalui stail dan kaedah perjuangan yang dibawanya. Ini jelas dapat dilihat melalui minda-mindanya dalam bentuk kuliah-kuliah rasmi atau tidak rasmi, melalui tulisan-tulisan dalam puluhan buku dan ribuan sajak beliau.
Orang yang mendengar dan membaca mindanya sungguh merasakan bagai ada sentuhan taufik dan hidayah kerana mendapat suatu kesedaran baru dan dorongan untuk mengamalkan minda yang diterima.
Dari sudut aqidah, Abuya menghidupkan rasa bertuhan dalam diri dan hati para pengikutnya. Manusia selama ini hanya tahu Tuhan itu ada tetapi tidak dapat merasakan peranan dan kerja Tuhan dalam kehidupan. Sedangkan rasa bertuhan yang hidup dalam diri manusia itulah menjadi enjin untuk beribadah, bekerja, hidup dan mati kerana Tuhan.
Rasa cinta pada Tuhan jadi pendorong untuk beramal, rasa takut pada Tuhan jadi benteng dari berbuat maksiat.
Dari sudut ibadah, Abuya sangat memperlihatkan sensitivitinya terhadap Tuhan di mana beliau istiqamah seumur hidupnya sekitar 15 minit awal, menunggu-nunggu masuk waktu solat. Sembahyang malam tidak pernah ditinggalkannya.
Abuya menanamkan rasa bersalah dengan Tuhan setelah selesai sembahyang atau selesai membuat lain-lain ibadah dan pekerjaan.
Abuya menghidupkan roh ibadah hingga orang berpuasa kerana hendak mendidik nafsu, orang berzakat bertujuan untuk mensucikan diri, orang naik haji terasa benar-benar menuju Allah.
Di sudut akhlak, Abuya membawa sistem akhlak yang dilihat sangat indah umpama bunga-bunga yang sedang berkembang di taman. Kasih sayangnya sangat ketara kepada semua manusia tidak kira apa umur atau peringkat kehidupan mereka. Kasih sayang adalah misi utama perjuangannya.
Abuya manusia yang paling sabar menghadapi semua ujian getir dalam perjuangannya. Dituduh sesat, ditinggalkan pengikut yang kemudian menentangnya, terpisah dengan jemaah tujuh tahun lamanya di luar negara terus-menerus, sepuluh tahun di tahan di bawah ISA, jemaahnya dihancurkan dan beliau ditimpa sakit teruk dari tahun 2005 hingga 2007.
Semua ujian ini meletakkan Abuya dan jemaahnya antara hidup dan mati. Allah memberinya kekuatan dan kesabaran menempuh segala ujian pahit itu dan dia melepasinya satu-persatu. Hasilnya, peribadi, kepimpinan dan didikannya sangat memberi kesan kepada hati-hati manusia kerana beliau telah mengamalkan dan mempraktikkan lebih dahulu semua minda yang dibawanya. Dari sudut perjuangan, Abuya benar-benar menghidupkan isi perjuangan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cuma dalam gaya moden dan canggih sesuai dengan zaman yang serba moden kini. Abuya dapat mengatasi semua strategi musuh yang hendak menghancurkan perjuangannya. Masakan ini semua berlaku kalau bukan dia dimonitor oleh Rasulullah SAW.Al Quran membawa sistem hidup, Islam as a way of life. Rasulullah SAW menghidupkan sistem Al Quran hingga masyarakat Arab melihat Rasulullah sebagai Al Quran bergerak. Ayat Al Quran turun dalam bentuk wahyu, manakala isi Al Quran itu diterjemahkan dalam sistem hidup yang Rasulullah bangunkan.
Di zaman manusia telah ratusan tahun hidup atas sistem bikinan akal manusia, dunia hari ini telah mengakui sistem hidup yang ada kini telah rosak, hancur dan tidak menemui jalan keluar. Abuya muncul dengan menghidupkan sistem Tuhan yang benar-benar asing daripada sistem dunia yang ada kini.
Dalam peperangan antara sistem hak dan batil ini, Abuya memenanginya. Sistem pendidikan yang Abuya bawa melahirkan generasi baru Al Quran dan Sunnah, sistem kebudayaan yang Abuya cetuskan sudah diterima di Eropah, Timur Tengah dan Asia.
Sistem ekonomi Tuhan yang Abuya gerakkan menyebabkan kapitalis geleng kepala dan bungkam. Ertinya role model sistem kehidupan yang Abuya bangunkan di semua sudut adalah tafsiran AI Quran dan Sunnah bergerak!
