UMAT ISLAM ada agenda tersendiri yang telah dijadualkan oleh Allah SWT. Jadual dari yang Maha Mengetahui dan Maha Sempurna. Namun, agenda dan jadual Allah SWT ini dipinggirkan. Sebaliknya umat Islam membuat jadual sendiri atau mengikut jadual ciptaan Barat. Ini sangat bercanggah dengan sikap Rasulullah SAW Ketika itu.Rom dan Farsi merupakan dua empayar besar. Rasulullah tidak mengikut mereka tetapi mengikut agenda dan jadual Allah SWT. Sejarah juga membuktikan para mujaddid adalah mereka yang mengikut jadual Allah SWT. Ketepatan menurut kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya itulah faktor paling utama kemenangan dan kejayaan bakal diberikan oleh Allah. Ini kerana ia merupakan janji Allah SWT kepada manusia di sepanjang zaman serta ada jaminan kemenangan, kejayaan dan keberhasilan umat Islam dunia dan Akhirat.
Di antara janji Allah SWT melalui lidah Rasul-Nya (nas- nasnya akan dinyatakan dalam bab-bab seterusnya):
Pertama:
Setiap awal kurun, Allah SWT akan munculkan seorang mujaddid. Di tangan mujaddid inilah Islam dan umatnya akan kembali gemilang dan berdaulat. Tidak salah bagi siapa pun yang mempunyai cita-cita perjuangan berhempas pulas untuk berjuang, kerana itu sudah taklif (menjadi tanggung-jawab). Dan andainya ikhlas serta menepati syariat, Allah tetap memberi pahala. Namun kejayaan perjuangan hanya Allah SWT janjikan dianugerahkan kepada pemimpin yang Allah SWT janjikan iaitu mujaddid-Nya.
Kedua:
Terdapat tiga ‘figure’ yang disimpan oleh Allah SWT di akhir zaman ini iaitu Putera Bani Tamim, Al Mahdi dan Nabi Isa a.s. Sebelum kemunculan Al Mahdi, ia didahului oleh Putera Bani Tamim yang memperjuangkannya sehingga tertegaknya sebuah pemerintahan yang bertaraf daulah atau negara. Daulah itu merupakan tapak kepada ummah.
Ketiga:
Munculnya Al Mahdi dan Putera Bani Tamim adalah di awal kurun.
Ke-empat:
Oleh kerana kebangkitan itu di Timur, sudah pastilah kawasan Timur yang paling subur keislamannya itu menjadi tapak kepada kebangkitan tersebut. Maka berani kami katakan bahawa Malaysialah yang dimaksudkan Timur itu. Oleh itu dapat pula disimpulkan bahawa Putera Bani Tamim itu berada di Malaysia. Dan Abuya Ashaari itulah Putera Bani Tamim sepertimana keyakinan kami selama ini.
Sepatutnya umat Islam khususnya di alam Melayu sangat bersyukur dengan khabar gembira dari Allah dan Rasul ini. Rahmat dan kurnia Allah SWT yang amat besar ini sepatutnya disambut dengan penuh malu. Dalam pada itu terus pula berusaha bagi melayakkan diri untuk bersama Putera Bani Tamim dan seterusnya bersama Al Mahdi. Tidak terhingga nilainya di sisi Allah SWT di dunia ini dan lebih-lebih lagi di Akhirat.
Buku ini sedaya upaya cuba menjelaskan apa yang kami perkatakan di atas dengan hujah-hujah ilmiah serta nas-nas Al Quran dan Hadis. Harapan kami moga-moga para pembaca akan mendapat kefahaman dan keyakinan terhadap janji-janji Tuhan untuk kita di akhir zaman serta turut sama menerima dan mengecapi nikmat besar dari Tuhan itu.
Sekiranya ada pahala dari usaha ini, kami hadiahkan kepada mursyid kami Abuya Ashaari Muhammad atas jasa-jasanya yang amat besar kepada kami. Juga kami hadiahkan kepada semua yang telah berjasa kepada kami, ibu bapa kami dan seluruh muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah mati.
Yang dhaif, Penyusun
Ustaz Nizamuddin Ashaari
Laila Ahmad

Contents « Abuya Ashaari Muhammad Adalah Putera Bani Tamim said
[...] September 9, 2007 at 8:31 am · Filed under FATA AT TAMIMI, IMAMUL MAHDI SEPATAH KATA [...]
Asmah binti Ali said
Assalamualaikum…
Saya hamba Allah yang hina ingin bertemu dan berjumpa dengan Abuya.
Moga berkat karomah Abuya dapat merungkai kekusutan jiwa saya.
Mohan jasa baik Ustaz untuk membantu saya yang lemah ini, yang memerlukan bantuan dizaman yang penuh tipudaya ini..agar dapat dipimpin kejalan yang benar..
Perkenankan lah Ya Allah…
Amin.