Lampiran 1 (B)

Kenyataan Ulama-Ulama Yang Menyokong Buku ‘Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam’ (AMPDA) Tidak Sesat

1. Datuk Syeikh Othman Haji Ibrahim

“AMPDA tidak sesat, hanya mengandungi fakta-fakta dan kalimah yang mengelirukan. Namun istilah ‘keliru’ tidak semestinya . membawa kepada kesesatan.”
(Mingguan Islam, 28 Oktoboer 1988)

2. Tuan Haji Mat Yahya Hussin (Mufti Perlis)

“Buku AMPDA itu tidak mengandungi ajaran sesat dan hanya terdapat beberapa kekeliruan sahaja.”
(Mingguan Islam, 28 Oktober 1988)

3. Tuan Haji Abdullah Long (guru agama terkenal dan pengamal tarekat Naksyabandiah di Muazam Shah)

“AMPDA tidak mengandungi perkara yang bercanggah dengan
syariat apalagi bertentangan dengan aqidah yang benar.”
(Mingguan Islam, 7 November 1988)

4. Tuan Guru Haji Ismail bin Awang (Kampung Bukit  Payong, Kuala Terengganu)

“Pihak Jabatan Agama menghukum sesat terhadap buku AMPDA
dan terhadap Darul Arqam itu adalah rumusan satu-satu pihak sahaja. Seeloknya sebelum keputusan dibuat, pihak berkenaan hendaklah mengadakan perbincangan di antara ulama-ulama dan mereka yang pakar dalam bidang yang dipertikaikan. Jangan dihebohkan isu itu dalam akhbar. Selain itu beri peluang kepada penyusun itu (Abuya Ashaari Muhammad) memberi penjelasan terhadap perkara-perkara yang tidakjelas itu.”
(Mingguan Islam, 7 Oktober 1988)

5. Tuan Guru HajiAbdul Aziz Jamil, 73 tahun (Tuan Guru  Tambun, Ipoh, Perak)

“Tindakan mengharamkan buku tersebut ada hubungan dengan gerakan musuh peringkat antara bangsa. Memang telah menjadi niat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan badan-badan Islam dengan memperalatkan umat Islam sendiri.”

(Mingguan Islam, 21 Oktober 1988)
6. Ustaz Haji Muhammad Taha Suhaimi, Presiden Persatuan Islam dan Pencak Silat Singapura

“Aurad Muhammadiah telah difatwakan menyalahi aqidah oleh
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia berdasarkan keputusan yang diambil pada 5 Ogos lalu (1986 – penerbit), tetapi tidak demikian di Singapura. Perlu dijelaskan bahawa ulama muktabar di kalangan Ahlussunnah wal Jamaah, telah sekata bahawa masalah agama yang tidak disokong oleh nas atau dalil-dalil qat’ie boleh dipertikai oleh ulama, sarna ada ia melibat aqidah atau syariah. Tegasnya, masalah agama yang boleh dibahas hanya terbatas pada masalah far’iyah (cawangan) bukan asasiyah (pokok).

“Berdasarkan rumusan itu, nyatalah bahawa Aurad Muhammadiah bukan masalah aqidah asasiyah kerana ia tidak boleh menjadikan seorang mukmin itu sesat imannya, kafir atau terkeluar dari Islam. Dengan kata lain masalah Aurad Muhammadiah adalah masalah khilafiah kerana adanya fatwa yang berbeza di kalangan ulama.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.