11. Mampu mengubah hati-hati manusia
’Power’ taqwa yang ada pada para mujaddid mampu mengubah hati-hati manusia yang sekian lama sudah jauh dari Tuhan, kembali mentaati dan mencintai Allah dan Rasul. Manusia yang selama ini sombong dan angkuh bertukar merasai dirinyalah paling hina dan tidak berguna. Yang selama ini rasa dirinya baik dan pandai, akhirnya merasai dirinya bodoh dan jahat.
Rasulullah SAW mencipta rekod dalam sejarah kepimpinan dunia yakni dalam tempoh hanya 23 tahun kerasulan berjaya mengubah masyarakat Arab jahiliah yang zalim, kasar dan jahat menjadi para Sahabat yang hatinya terlalu lunak dengan Tuhan, cinta Tuhan, takutkan Tuhan dan rindu pada Akhirat.
Para mujaddid mewarisi karamah maknawi ini sehingga mendengar percakapan mereka manusia mudah ikut dan mudah taat. Bahkan melihat wajah para kekasih Allah ini sahaja pun cukup untuk membuatkan manusia mendapat petunjuk. Kemampuan kepimpinan bertaraf tinggi ini hanya diberikan kepada pemimpin kebenaran yang Tuhan janjikan. Sedangkan sejarah kepimpinan dunia yang ada hari ini hanya menjadikan manusia semakin hilang kemanusiaannya dan semakin dahsyat kejahatannya.
Allah berfirman:
Maksudnya: ‘Allah jadi pembela (pembantu) kepada orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19) 12. Rezekinya dijamin
Bagi para mujaddid, rezekinya dijamin Tuhan. Tuhan anugerahkan kepada para kekasih-Nya lebih-Iebih lagilah kepada para pemimpin kebenaran rezeki yang mencurah-curah dari sumber yang tidak diduga. Bahkan rezeki yang diperolehinya turut memayungi seluruhjemaah perjuangannya dan masyarakat sekelilingnya.
Allah berfirman:
Maksudnya: ‘Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi.” (Al A’raj: 96)Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup dan akan memberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana datangnya.” (At Talaq: 2-3)
13. Yang sayang terlalu sayang, yang benci terlalu benci
Golongan yang sayang terlalu sayang dan golongan yang benci terlalu benci. Begitulah sunnah perjuangan kebenaran sepertimana yang dilalui oleh para rasul dan nabi-nabi. Hati mujaddid yang sangat kenaI dan terlalu mencintai Tuhan, sangat mengajak manusia mencintai Tuhan dan membesarkan sehingga Tuhan menjadi modal dan aset utama dalam kehidupan manusia. Hati-hati yang diikat atas nama Allah inilah yang menyebabkan manusia yang sayang kepadanya terlalu sayang kerana Tuhan. Sehingga mereka sanggup mati kerana Tuhan.
Allah berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 76)
Dengan itu terjadilah keadaan di mana terdapat satu golongan yang amat menyanjunginya. Manakala satu golongan lain sangat membenci dan menekannya. Bila ini terjadi, akan terserlahlah kebenaran dan terserlah juga kemungkaran. Senanglah masyarakat menilai dan membuat pilihan.14. Doanya Makbul.
Rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang sangat mendalam yang ada pada para pemimpin kebenaran menyebabkandoanya selalu dikabulkan Tuhan. Bahkan hati mereka tidak pernah putus atau lekang dari ingatan dan rintihan kepada Tuhan. Hatinya sentiasa bersama Tuhan di setiap waktu dan ketika. Lebih-lebih lagi waktu diuji dan diancam oleh musuh-musuh. Hingga kerana itulah Tuhan tidak mempersia-siakan permintaan mereka. Allah SWT berfirman:Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya menerima ibadah orang-orang yang bertaqwa.” (Al Maidah: 27)
15. Mereka memperjuangkan kasih sayang
Para mujaddid memiliki hati yang sangat menyayangi dan mengasihi manusia terutama kepada para pengikutnya, Dia bukan sahaja menjadi pemimpin bahkan menjadi guru, ayah, ibu dan kawan kepada para pengikutnya. Dia juga mampu mendidik murid dan pengikutnya berkasih sayang antara satu sama lain. Para mujaddid sangat memperjuangkan kasih sayang kerana itulah juga yang diperjuangkan oleh Rasulullah
SAW.Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (At Taubah: 128)
Firman-Nya lagi:
Maksudnya: “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka.” (Al Fath: 29)
Ikatan ukhwah di antara pengikut para mujaddid ini bagaikan batu-bata yang tersusun rapi dan rapat. Tidak ada peluang atau susah sekali bagi musuh untuk mencelah. Ramah mesra dan kasih sayang, rasa bersama, bekerjasama dan bertolong bantu di antara mereka terserlah, hasil meniru peribadi pemimpinnya. Juga kerana ukhwah dijadikan asas kekuatan jemaah sesudah iman. Inilah ciri khusus milik orang-orang bertarekat yang mana hati mereka dirangkai-rangkai oleh gurunya, lalu dipegang tali rangkai itu oleh si guru. Tali itu ialah iman dan kasih sayang hasil zikrullah yang tidak dapat dilakukan oleh ulama-ulama dan pemimpin-pemimpin yang lain.