6. Membangun toifah atau jemaah
Kepimpinan para mujaddid membina toifah-toifah setiap zaman dan setiap kurun dengan tujuan menjaga bara api Islam agar tidak padam. Inilah mafhum Hadis Rasulullah yang bermaksud:
”Akan berlaku di akhir zaman orang yang mempertahankan agamanya seperti menggenggam bara api.” (Riwayat Tirmizi)
Dalam Al Quran dan Hadis, Allah SWT dan Rasul-Nya dengan jelas dan tegas memerintahkan umatnya mengikut jemaah para pemimpin kebenaran. Ini terdapat dalam ayat yang berbunyi:
Maksudnya:
“Sesungguhnya pemimpin kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya dan orang mukmin iaitu orang- orang yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan mereka adalah orang-orang yang rukuk (tunduk dan patuh pada perintah Allah). Barang siapa yang memilih Allah Rasul dan orang mukmin (sebagai pemimpin) maka sesungguhnya itulah Parti Allah. Merekalahyang akan berjaya.” (Al Maidah: 55-56)
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Wajib ke atas kamu berjemaah sesungguhnya tangan (bantuan) Allah adalah bersama jemaah.”
Di dalam toifah atau jemaah kebenaran, mujaddid adalah guru, ayah, pemimpin dan sahabat seperjuangan. Peribadi dan sikap serta akhlak mujaddid adalah cermin tempat pengikut melihat dirinya dan contoh ikutan untuk mereka membaiki diri.
Sebagaimana Sahabat-Sahabat memberi cinta kepada Rasulullah, demikian pengikut toifah mencintai para mujaddid.
Luar biasanya pengikut para mujaddid walaupun bilangan mereka sedikit tetapi sangat taat setia kepada pemimpin dan hidup berkasih sayang di kalangan mereka umpama keluarga dari satu ayah dan ibu.
7. Menzahirkan kebenaran, bukan sekadar memperkatakannya
Toifah-toifah pimpinan para mujaddid dapat melahirkan kebenaran Islam dalam seluruh aspek kehidupan manusia dan membangunkan kesyumulan Islam dalam jemaahnya sehingga kebenaran yang dizahirkan itu menjadi role model beragama Islam sebagai cara hidup.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: ‘Akan sentiasa ada toifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah datangnya ketentuan Allah (Kiamat).” (Riwayat Muslim)
Mujaddid zahir di waktu agama sudah rosak. Dia datang membawa sistem Tuhan dengan kaedah baru, gaya baru yang sangat cantik dan indah hingga mampu menolak semua sistem lama yang rosak dan merosakkan manusia. Toifahnya tidak bersandar pada musuh dalam sebarang sistem hidup. Bahkan sistem yang dibangunkannya bukan saja mampu menaungi pengikutnya tetapi mampu menjadi tempat bersandar masyarakat umum sekalipun orang bukan Islam.
8. Perjuangannya tidak dapat dihalang atau dirosakkan oleh musuh
Kepimpinan para mujaddid mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat dan disegani oleh pemerintah di zamannya. Kerana itulah para mujaddid juga mendapat tentangan hebat oleh musuh-musuh Islam dan juga para penentang di kalangan pemerintah dan ulama suk.
Walau bagaimana dahsyatnya kebencian dan tekanan musuh sekalipun di medan perang; namun perjuangan kebenaran yang dibawa oleh mujaddid tidak dapat dirosakkan. Mereka tetap akan dibantu Tuhan kecuali jika ada di antara pengikutnya yang tidak mengikut disiplin, contohnya sepertimana yang berlaku dalam peperangan Uhud.
Jemaah kebenaran tidak akan dapat dirosakkan sarna ada dnlam peperangan senjata mahupun peperangan dingin. Mungkin boleh dicacatkan fizikalnya tetapi aqidah dan syariatnya tidak dapat dirosakkan. Lebih-lebih lagi jemaah itu tidak dapat dibubar atau diharamkan. Tidak juga dapat dipecah-belahkan oleh musuh-musuh dalam selimut. Musuh tidak dapat menipu dan mempermain-mainkannya. Ini kerana jemaah itu mempunyai benteng yang cukup kuat dan kukuh. Kekuatan toifah ini adalah kekuatan dalaman bukan luaran. Kalau di luar dapat dicacatkan tapi di dalam tidak dapat dicacatkan. Yang di dalam itu ialah iman dan keyakinan. Bahkan musuhlah yang akan kucar-kacir dan tertipu selalu. Akhirnya musuhnya tewas dan jauh. Jemaah kebenaranlah yang menang.
Firman Allah:
Maksudnya: “Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin dan (Dia) yang mempersatukan hati-hati mereka (orang yang beriman).” (AI Anfal: 62)
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: ‘Akan sentiasa ada toifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah datangnya ketentuan Allah (Kiamat).” (Riwayat Muslim)
9. Mujaddid adalah tafsiran Al Quran dan Sunnah bergerak di zamannya
Para mujaddid yang juga ulama arifbillah yang diutus setiap 100 tahun, peribadinya adalah salinan kepada peribadi Rasulullah SAW. Mereka mewarisi peribadi dan perjuangan para rasul dan nabi.
Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Ulama adalah pewaris para nabi.”(Riwayat Ahmad, Tirmizi dan lain-lain)
Al Quran adalah wahyu yang membawa sistem Tuhan. Maka tugas Rasulullah ialah menghidupkan sistem Tuhan dalam realiti kehidupan. Akhlak Rasulullah yang diperlihatkan dalam kehidupan seharian itulah akhlak Al Quran. Ibadah Rasulullah adalah ibadah Al Quran, sistem kehidupan yang Rasulullah bangunkan itulah sistem kehidupan Al Quran.
Maka para mujaddid yang menggantikan tugas Rasul di zaman sudah tiada Rasul, mereka memberi nyawa kepada Al Quran dan Sunnah di zamannya. Ertinya, para mujaddid adalah tafsiran Al Quran dan Sunnah yang bergerak di zaman-nya. Mereka menghidupkan kembali sistem yang terkandung dalam Al Quran dan Sunnah. Oleh kerana para mujaddid dipantau terus oleh Rasulullah, peribadi, perjuangan dan sistem yang dibangunkannya adalah persis, saling tak tumpah sebagaimana yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW.
Rasulullah memonitor para mujaddid sehingga merekalah manusia yang paling faham akan kehendak Al Quran dan Sunnah serta dianugerahkan kebolehan mentafsir Al Quran dan Sunnah dengan tepat di kurunnya. Sehingga Al Quran itu dihidupkan dalam diri dan perjuangannya. Para mujaddid adalah tafsiran Al Quran dan Sunnah bergerak dikurunnya bukan kerana mampu hafal Quran dan Hadis, tapi kerana isi dan roh Al Quran dihidupkan hingga manusia melihat betapa cantik dan indahnya isi Al Quran. Melihat peribadi dan perjuangan mujaddid ertinya kita melihat isi Al Quran dan Sunnah diterjemahkan dalam realiti kehidupan.
10. Mendapat ilham dan isyarat-isyarat ghaib dari Allah
Para mujaddid diberi ilham dan isyarat-isyarat ghaib oleh Allah. Seseorang mujaddid sentiasa menerima maklumat dan arahan Rasulullah melalui yaqazah dan mimpi yang benar. Kekuatan ini adalah senjata paling canggih yang musuh Islam sepertiYahudi dan Nasrani tidak mampu mengesan. Para mujaddid menerima panduan dari Rasulullah tentang bagaimana membangunkan dan membina kekuatan perjuangan mereka dan usaha-usaha musuh-musuh Islam dalam menentang perjuangan mereka. Kerana itu mereka selalu berada didepan strategi dan perancangan musuh-musuh.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
“Takutilah firasat orang mukmin, kerana mereka melihat dengan nur Allah.” (Riwayat Tirmizi)